Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami.
Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.
Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai.
Ya Rabb hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta petolongan.
Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan urusan kami.
Ya Allah sucikan jiwa kami dan perlindungi kami daripada ilmu yang sesat dan menyesatkan.
Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar.
Ya Allah ringankanlah diri kami untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadaMu Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.
Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia serta tekun beribadah sebagai persediaan kami untuk akhirat. ŮŽ
Ya Allah kekalkanlah segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.
Ya Allah kami memohon bila kami terjaga diwaktu pagi terjagalah kami dalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dalam Islam agama Nabi kami Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah janganlah kami disibukkan dengan hal- hal dunia hingga kami lalai mengerjakan ibadah harian kami.
Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi taufik dan hidayah dan kekuatan iman.